Panduan Affiliate Untuk Newbie

Panduan Affiliate Untuk Newbie

Pendahuluan.

               Menjana pendapatan melalui affiliate adalah perniagaan zaman sekarang. Melalui affiliate, anda boleh menjadi agen kepada beribu-ribu produk. Tidak seperti perniagaan offline, anda terhad untuk menjadi agen kepada satu atau dua produk sahaja.

               Tidak seperti produk offline, sesiapa sahaja boleh menjadi affiliate di produk online. Anda tidak perlu keluarkan modal untuk beli barang, anda tidak perlu memakai baju cantik-cantik untuk berjumpa dengan pelanggan, dan anda tidak perlu bermanis lidah.

              Affiliate secara online adalah peperangan menggunakan minda. Jika anda berani, anda akan berjaya. Jika anda rajin, anda akan berjaya. Jika anda bijak, anda akan berjaya. Dalam pemasaran affiliate, anda perlu ada minda peperangan kerana ia adalah perniagaan dan perniagaan adalah peperangan.

              Jika pesaing anda bergerak 1 langkah, anda perlu bergerak 10 langkah. Sejauh mana kuatnya pesaing anda, sejauh mana otainya pesaing anda, jika anda bergerak dengan 10 langkah ke hadapan, anda pasti akan berjaya mengejar mereka.

            Di dalam ebook ini, saya akan huraikan apa yang boleh anda lakukan untuk mempromosi produk affiliate anda. Harap pendedahan saya ini akan membantu anda untuk menerima lebih banyak komisyen.

 3 perkara yang perlu seorang affiliate ada untuk menjana pendapatan.

Walaupun ia nampak mudah, seorang affiliate perlu periksa sama ada dia memiliki 3 perkara berikut sebelum boleh bermula menjana pendapatan melalui affiliate.

Pertama: Produk untuk di promosikan.

Tiada produk, tiada komisyen. Tiada komisyen, tiadalah wang. Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan selain permintaan adalah produk untuk di promosikan. Apabila ada produk, barulah anda boleh mula merancang kaedah promosi anda. Setiap produk memang ada permintaan, cuma anda perlu promosi pada tempat yang tepat sahaja.

Kedua: Landing page atau Squeeze Page.

Sebagai seorang affiliate yang bijak, anda memang perlukan web static dan autoresponder untuk melakukan promosi. Katakan anda menghabiskan beribu ringgit untuk mempromosi sesuatu produk melalui pengiklanan, lebih elok untuk anda directkan pengiklanan anda ke squeeze page anda berbanding terus kepada laman affiliate.

Melalui tindakan ini, sudah tentu anda tidak perlu menghabiskan beribu-ribu ringgit lagi untuk promosi kerana semua prospek pembeli ada dalam di dalam autoresponder. Jika ada produk yang berkaitan dengan mailing list yang anda telah kumpul, anda boleh terus mempromosinya melalui mailing list.

Ketiga: Pengetahuan mengenai produk yang anda ingin promosi.

Ini adalah senjata yang paling kuat sekali dalam promosi. Anda tiada alasan selain menguasai sepenuhnya pengetahuan mengenai produk yang anda ingin promosi. Jika anda berkemampuan, anda boleh mengupah freelance untuk mencari maklumat bagi pihak anda. Jika tidak, anda boleh lakukannya sendiri.

Pengetahuan yang tinggi akan memberi kredibiliti dan seterusnya pembeli akan membeli dari anda kerana mereka yakin dengan cadangan anda untuk membeli produk yang anda promosikan.

3 langkah untuk menjana pendapatan lumayan melalui affiliate dalam masa sekejap.

Tidak mustahil untuk anda memperoleh pendapatan 4 angka menerusi affiliate dalam masa seminggu atau lebih pendek. Ia bergantung sepenuhnya kepada perancangan anda.

Ada 3 langkah yang selalu di gunakan oleh IM antarabangsa untuk mendapat keuntungan yang tinggi dalam masa sekejap.

 You Play Big, You Gain Big.

Langkah pertama: Cari produk yang mempunyai komisyen yang tinggi.

Cari senarai produk yang mempunyai nilai komisyen RM 50 ke atas. Cari sebanyak mungkin dan simpankan ia dalam komputer anda.

Langkah kedua : Cipta squeeze page untuk setiap produk.

Cipta squeeze page untuk setiap produk dan pastikan ia menarik untuk memikat sebanyak mungkin prospek subscribe ke mailing list anda.

Langkah Ketiga : Promosikan squeeze page anda dan teruskan promosi produk affiliate dalam mailing list anda.

Anda boleh pilih untuk promosi secara percuma atau berbayar. Anda boleh pilih sendiri mengikut kemampuan anda.

Ya !! tiga langkah ini sahaja boleh memberi anda pendapatan tanpa had. Yang menariknya, anda boleh gunakan mailing list tersebut berulang-ulang kali. Yang penting, anda menjaga hubungan antara anda dan subscriber  anda.

Bagaimana ingin memilih produk terbaik untuk menjana pendapatan melalui affiliate ?

Yang ini selalu menjadi masalah kepada seorang affiliate. Ia berbeza menjadi agen kepada perniagaan online kerana anda selalunya kena ikut tuan milik perniagaan, agen di internet adalah bos kepada pemilik perniagaan.

Jika anda mendapati laman produk affiliate yang anda ingin promosi tidak berupaya untuk memberi conversion yang bagus, anda boleh menegur tuan punya laman web. Ia adalah hak anda kerana andalah yang akan memberi kekayaan kepada mereka.

Produk terbaik akan memberi keuntungan kepada anda. Bagaimana hendak mengenail pasti potensi sesuatu produk?

Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk menentukan sama ada sesuatu produk itu mempunyai potensi atau tidak.

Pertama : Tanya sendiri kepada pemilik.

Tanya sendiri pemilik produk bagaimana prestasi penjualan produk beliau. Dalam ayat pertanyaan, selitkan perkataan yang anda inginkan jawapan yang jujur dan bersedia melaburkan wang yang banyak untuk melakukan promosi.

Kedua : Periksa Sales Letter itu sendiri dan kredibiliti produk  tersebut.

Periksa kandungan sales letter tersebut dan ramal sendiri sejauh mana keberkesananya. Kemudian periksa kredibiliti produk tersebut melalui testimonial dan bukti yang ada di website. Katakan anda ingin mempromosi produk ebook tips penjimatan, periksa sama ada pemberi testimonial adalah mereka yang pakar dalam bidang tersebut.

Ketiga : kebanjiran otai-otai IM.

Jika produk tersebut adalah dari seorang otai IM, sudah tentu ia adalah produk yang akan mendapat sambutan. Apa yang anda perlu lakukan adalah bersaing dengan otai-otai IM yang ada. Jangan takut untuk bersaing kerana mereka yang paling pantas dan bijak akan menang. Jika gagal bersaing pun, anda tetap menerima tempias dari kehangatan produk tersebut.

Keempat : Permintaan yang melampau.

Di Malaysia anda boleh nilai sama ada produk tersebut mempunyai permintaan yang banyak atau tidak melalui surat khabar atau berita di TV. Katakan ada keluar laporan mengenai anak luar nikah di berita, sudah tentu produk ebook‘ Cara terbaik untuk berhenti ketagih seks‘ akan meletup di pasaran kerana ia memang permintaan umum.

3 kesilapan biasa sebagai seorang affiliate ?

Kebanyakan newbie tewas dalam peperangan affiliate di sebabkan kesilapan kecil dan mereka terus kecewa dan tidak meneruskan perjuangan. Ada 3 kesilapan umum yang selalu di amalkan oleh newbie affiliate.

Pertama: Salah memilih program affiliate.

Seperti yang saya nyatakan dalam bab sebelum ini, seorang newbie selalunya lupa untuk memeriksa potensi sesuatu produk sebelum promosikan produk tersebut.  Kalau anda tidak kenal siapa pemilik laman web tersebut, pastikan anda bertanya dahulu soalan sensitif kepada pemiliknya seperti bukti pembayaran komisyen dan keberkesanan mereka memberi support kepada pembeli.

Kedua: Masuk banyak sangat program affiliate.

Tolonglah!!Janganlah tamak sangat. Buat satu persatu. Pilih satu produk, buat squeeze page kemudian promosi, barulah nampak professional.  Bila dah stabil sesuatu produk, barulah pergi ke produk seterusnya.

Ketiga: Tidak membeli produk atau menggunakan servis yang di tawarkan.

Memang anda tidak perlu membeli produk untuk berdaftar sebagi affiliate, tetapi anda perlu tahu apa yang ada dalam kandungan ebook tersebut sebelum  melakukan promosi.  Jika anda tidak mampu untuk beli, anda boleh mengolah kandungan ebook tersebut berdasarkan review affiliater yang lain.

Panduan ringkas promosi produk affiliate.

Seperti yang anda tahu. Langkah pertama untuk promosi produk affiliate adalah squeeze page. Persoalannya, bagaimana hendak promosi squeeze page tersebut ? Di bawah ada menunjukkan cara ringkas bagaimana untuk melakukan promosi.

Direktori pengiklanan percuma 

Buka google dan buat carian ‘iklan percuma.’ Di sana terdapat banyak laman web yang menyediakan pengiklanan percuma. Pelawat  yang melawat laman web iklan percuma selalunya terdiri dari mereka yang melakukan perniagaan.

Mereka mempunyai niat yang sama iaitu untuk mengiklan, maka jika anda ada produk yang berbentuk perniagaan, anda di galakkan untuk meletakkan laman web anda di sini. Lagi satu keistimewaan direktori percuma adalah anda boleh mengiklan sebanyak mungkin, jika ada had untuk satu akaun, buat sahaja akaun lain.

Anda perlu bijak ketika melakukan pengiklanan di direktori percuma ini. Pelbagaikan headline anda. katakan anda melakukan promosi produk kuruskan badan, anda boleh menulis headline berikut.

Cara mudah untuk kurus.

Sebulan turun 5 kg.

Pasti kurus dengan (nama produk anda)

Kalau anda gemuk, click sini untuk kuruskan badan.

Mungkin ada manusia yang melakukan carian di search engine menggunakan kata kunci di atas. Jika anda, anda memang bertuah.

Blogging

Anda boleh mula menulis di blog mengenai  topik yang anda ingin promosikan atau anda boleh mencuri trafik dari laman blog lain dengan meninggalkan comment pada artikel mereka. Bergantung kepada kerajinan anda. Jika anda rajin untuk menulis, silakan. Jika tidak, sudah cukup dengan mencuri trafik.

Pemasaran Forum

Seperti biasa, di forum anda boleh promosi produk affiliate anda melalui siggy atau di bahagian pengiklanan. Apabila berforum, anda perlu ingat bahawa ia adalah proses jangka panjang. Jadi, janganlah membuat musuh apabila berforum. Sentiasa bermesra dengan ahli forum yang lain.

Awas!! Jangan lakukan SPAM. Jika tiada apa hendak di kata, diam lebih baik.

Cara membina kredibilit di forum.

Kredibiliti sangat penting dalam berforum kerana biasanya manusia membaca orang yang mereka hormat menulis. Bayangkan anda mempunyai kredibilti yang baik, sudah tentu anda mempunyai ramai peminat dan mereka sentiasa menanti anda untuk mengeluarkan pendapat.

Berikut adalah cara membina kredibiliti di forum :-

  1. Sentiasa jujur dalam ulasan.
  2. Ada prinsip ketika memberi komen.
  3. Berpengetahuan tinggi ( google kan ada, Search je)
  4. Sentiasa memberi kritikan yang membina.

Di atas adalah antara perkara yang perlu anda titik beratkan ketika berforum.

Instant Message.

Instant message seperti Yahoo, Google Talk dan Skype sangat berkesan ketika melakukan promosi. Kebanyakan IM akan meletakkan pautan squeeze page mereka di bahagian status. Promosi melalui kaedah ini sangat berkesan jika anda mempunyai senarai rakan yang ramai.

Untuk meramaikan senarai rakan yang anda ada, anda boleh add kawan forumer anda atau anda boleh membuat kursus percuma melalui IM. Katakan anda pakar dalah PHP, anda boleh membuat kursus  secara percuma melalui Instant Message. Jangan terkejut jika anda tumpukan pada teknik ini sahaja, anda boleh dapat hasil yang memberansangkan.

Laman Web Sosial

Laman web seperti facebook, myspace dan friendster memang mempunyai trafik yang tinggi. Jika di facebook, ada aplikasi group dan fan page. Minta rakan-rakan anda untuk tolong promote pautan squeeze page anda itu.

With network you gain power.

Jika anda pandai dalam mencipta aplikasi menarik di facebook, mungkin ia akan memberi advantage kepada anda. Jika anda promosi produk kuruskan badan mungkin anda boleh mencipta aplikasi mengira Nilai BMI atau gambar ahli facebook jika mereka dalam keadaan gemuk.

Pengiklanan pada laman web yang mempunyai trafik yang tinggi.

Anda boleh gunakan kaedah pay per clik atau pay per view seperti facebook ads, google adwords, bidvertiser, adly, ziddu dan nuffang.

Anda juga boleh beriklan di portal laman web yang mempunyai hit yang tinggi seperti portal berita. Sebelum anda beriklan di sesuatu laman web, periksa alexa ranking di alexa.com atau boleh  tanya sendiri kepada admin sejauh mana trafik yang di terima laman webnya.

8 Tips Affiliate Untuk Newbie

Sekarang, perniagaan menerusi affiliate tidak lagi menjadi satu perniagaan yang rahsia. Perniagaan affiliate sudah terkenal dan menjadi satu trend terbaru untuk menjana pendapatan tambahan. Malah, perniagaan affiliate juga semakin menjadi pilihan berbanding perniagaan MLM dan setiap hari semakin ramai orang menceburi bidang perniagaan ini.

Bagi membantu anda yang mahu menceburi perniagaan affiliate, saya sertakan beberapa tip untuk anda jadikan panduan.

Pemasaran Affiliate Bukan Menjanjikan Duit Mudah

Di sebalik cerita yang kononnya menjana pendapatan affiliate adalah senang dan ia boleh memberi pendapatan yang lumayan, sebenarnya ia sangat susah. Ya, jana pendapatan melalui affiliate adalah sangat susah dan anda perlu sedar akan perkara ini. Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam perniagaan affiliate. Jadi, jika anda ingin berjaya, anda perlu bersedia untuk berusaha dengan bersungguh – sungguh.

Jangan Terlalu Tamak dan Mempromosi Beberapa Produk Serentak

Pastikan anda jangan melakukan beberapa aktiviti promosi secara serentak. Anda bebas untuk mempromosi seberapa banyak mungkin produk affiliate. Namun, anda perlulah membina kempen promosi satu persatu.

Jangan Langkaui Proses Pembelajaran

Jika ingin berjaya, anda perlu ada ilmu. Jangan pula berlagak sombong dan terus mengalah apabila gagal dalam affiliate. Jangan takut untuk laburkan wang dan masa bagi proses pembelajaran.

Sentiasa Menjadi Unik

Jika ingin berjaya, anda jangan meniru teknik orang lain bulat – bulat. Jika anda meniru orang lain, anda tidak akan kemana – mana. Dua kereta yang mempunyai kelajuan yang sama berlumba di jalan raya yang lurus, siapa yang bermula dahulu, dialah yang akan menang. Begitu juga dengan aktiviti meniru di mana mereka yang memulakan dahulu teknik tersebut, pasti akan mengatasi anda.

Cara terbaik untuk meniru cara pakar adalah dengan memahami konsep pemasaran mereka. Dari pemahaman ini, anda boleh wujudkan take action anda sendiri. Seperti ketika sedang menjawab soalan peperiksaan, semua orang menjawab soalan dengan menggunakan ayat mereka sendiri yang berdasarkan konsep yang sama.

Bersabar Untuk Berjaya

Jika anda tidak bersabar, kegagalan pasti akan menjelma. Jika anda bersabar, kejayaan akan datang pada anda. Bersabar adalah cara untuk memastikan anda terus berusaha. ini kerana, proses pembelajaran untuk jadi kaya adalah sukar dan sangat rumit. Ada orang gagal sebanyak 1000 kali sebelum mereka berjaya. Ada orang gagal sekali dan terus berjaya. Ia bergantung pada rezeki dan nasib anda.

Kita tidak tahu di mana rezeki kita, jadi kita perlu sentiasa terus mencuba. Jangan sesekali berhenti jika anda gagal. Alam ada cara tersendiri untuk memberi anda kejayaan.

Simpan Duit Anda

Jangan terlalu boros berbelanja ketika ingin mempelajari cara pemasaran. Ada di kalangan newbie affiliate terlalu boros membeli produk – produk berkaitan make money online di internet. Di mana akhirnya, mereka menjadi ketagih untuk membeli dari melakukan take action. Jimat wang anda. Sebelum membeli sesuatu produk pastikan anda sudah menyiasat kadar kualiti yang ada produk tersebut. Selepas itu take action.

Belajar Berdisiplin

Untuk berjaya anda perlu ada disiplin. Kurangkan bermain facebook, membaca forum-forum tanpa melakukan tindakan susulan. Jangan berpuas hati dengan kerja anda. Sentiasa upgrade teknik pemasaran anda.

Jangan Berhenti Bekerja Jika Anda Tidak Stabil

Bekerja makan gaji menghasilkan pendapatan tanpa had di mana anda pasti memperoleh gaji di penghujung bulan. Jadi, jangan berhenti bekerja melainkan pendapatan anda sudah berada pada tahap yang stabil.

10 perkara asas untuk menghasilkan perniagaan affiliate yang menguntungkan

Memilih satu Niche

Jangan pilih satu produk tetapi pilih satu niche. Dalam banyak-banyak niche yang ada di pasaran, anda pilih satu niche yang lekat di jiwa anda. Rezeki tidak hanya ada pada niche make money online sahaja kerana terdapat banyak lagi niche yang boleh memberi keuntungan kepada anda seperti niche keluarga, niche pendidikan seks dan niche perkahwinan.

Kunci di sini adalah anda memilih hanya satu niche bagi permulaan perniagaan anda supaya anda boleh fokus dengan segala kaedah pemasaran yang ada.

Mencari Produk Affiliate Yang Bermutu Tinggi

Untuk berjaya dalam perniagaan internet, anda perlu memilih dan mempromosi produk yang berkualiti tinggi. Produk yang berkesan dan berkualiti tinggi akan memberi tanggapan yang baik pada para pelanggan. Jadi, potensi untuk anda menghasilkan jualan adalah tinggi. Jangan tersilap langkah dan memilih produk yang menipu.

Bina Website Bagi Setiap Niche

Jangan campur berbagai niche dalam satu blog atau website. Jika anda serius untuk mengaut keuntungan dalam perniagaan affiliate, anda perlu bina website khas bagi setiap niche yang anda promosikan. Dari sini, anda boleh fokus untuk menjadikan website anda itu one stop point bagi mereka yang mencari yang mencari produk mengenai niche yang anda pilih itu.

Sediakan Bajet Yang Mencukupi atau Promosi Mengikut Bajet Anda

Bagi mereka yang ada modal yang banyak, mereka mungkin boleh melakukan promosi melalui pay per click. Manakala bagi mereka yang tiada modal yang banyak mereka boleh tumpukan pada pemasaran percuma seperti pemasaran laman sosial, pemasaran artikel atau SEO. Kawal bajet anda supaya anda tidak membelanjakannya terlalu berlebihan.

Bagi setiap website atau niche, anda peruntukkan bajet tertentu dan apabila sudah memperoleh untung, anda boleh labur semula untuk website tersebut bagi memperoleh ketuntungan yang lebih besar.

Sentiasa Menarik Terus Pelanggan ke Website Anda

Terdapat berbagai cara untuk menarik trafik terus ke website anda, antaranya adalah melalui pay per click, pemasaran artikel, SEO, press release dan bermacam-macam lagi. Konsep promosi anda adalah menarik pelanggan ke website anda.

Meletakkan Link Affiliate Di Dalam Setiap Post Blog Anda

Jika anda ingin menjadi usahawan berjaya, jadilah seorang usahawan. Seorang usahawan sentiasa tidak melupakan aktiviti promosi walaupun mereka sedang tidur. Tinggalkan link affiliate di mana sahaja anda boleh tinggalkan jejak seperti di forum-forum, iklan direktori, blog comment dan lain – lain website.

Beri Produk Percuma Untuk Mengumpul Senarai Emel

Setiap super affiliate pasti akan mengutamakan pengumpulan senarai emel. Ini kerana pemasaran emel adalah pemasaran yang paling santai sekali. Anda perlu ada senarai emel jika ingin bersaing dengan para otai.

Jadikan Diri Tempat Pertanyaan

Jika ada pelanggan atau pelawat website yang mempunyai masalah, jadikan diri anda tempat mereka mengadu. Sediakan sistem support di website anda supaya mereka senang untuk hubungi anda nanti.  Di dalam pemasaran affiliate, jangan sesekali anda mengurangkan jumlah potensi pembeli. Mewujudkan sistem support boleh merancakkan jualan anda.

Cuba Menghasilkan Pendapatan Pasif

Affiliate bagi produk yang melibatkan bayaran bulanan boleh memberi pendapatan pasif pada anda. Jika anda cukup yakin, anda patut cuba untuk mengutamakan produk yang ada bayaran bulanan. Pendapatan pasif adalah salah satu sumber pendapatan yang lumayan di internet. Contoh bagi pendapatan pasif adalah affiliate bagi autoresponder seperti aweber dan web hosting seperti hosgator.

Bekerja Mengikut Jadual

Perkara asas yang kesepuluh adalah apa yang anda rancangkan, anda ikut. Jangan sesekali berhenti bekerja sekali anda tidak selesaikan sesuatu tugas. Ini kerana sifat menangguh-nangguhkan kerja boleh membantutkan aktiviti promosi anda.

5 Perkara Penting Bagi Memilih Niche Yang Menguntungkan

Mencari profitable niche atau niche yang menguntungkan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, ia boleh menjadi senang jika kita tahu apa yang kita lakukan. Pernahkan anda berfikir bahawa kononnya niche tersebut mempunyai pasaran yang luas. Namun, selepas beberapa ketika jualan untuk produk tersebut tiada atau sedikit.

Untuk menari niche yang menguntungkan anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas. Anda perlu banyak membaca supaya anda tidak tersilap langkah. Dengan pengetahuan yang luas, anda boleh mengesan sama ada niche tersebut mempunyai pasaran atau tidak. Ya, semua niche mempunyai pasaran masing –masing. Namun, tidak semua pasaran menguntungkan.

Berikut adalah lima perkara yang boleh anda jadikan panduan untuk mencari niche yang menguntungkan :-

Elakkan Memilih Niche Yang Anda Rasa Anda Suka Tetapi…

Kadangkala, newbie affiliate teruja untuk menjual sesuatu yang mereka suka. Namun, jika niche tersebut tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan, masa dan tenaga anda mungkin terbazir begitu sahaja. Anda perlu peka dan berfikiran logik. Jika pasaran tersebut tidak mempunyai potensi, tidak perlulah anda bersungguh – sungguh mempromosikan sesuatu yang tidak mempunyai potensi pasaran yang luas.

Jangan Terperangkap Dengan Pemikiran Anda

Jika anda tidak suka akan niche tersebut, tidak bermakna ia tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan. Anda perlu bersikap rasional di dalam penentuan niche bagi pemasaran affiliate anda. Sesuatu yang mahal tidak semestinya mempunyai pasaran yang kecil. Jangan di sebabkan pemikiran sebegini anda terlepas dari terjumpa niche yang menguntungkan.

Sentiasa Lakukan Kajian Keyword

Sentiasa melihat trend semasa di twitter, facebook, google, yahoo , youtube serta berbagai laman sosial dan enjin carian yang ada. Anda juga boleh sentiasa lakukan kajian keyword sendiri. Cari keyword apakah yang mempunyai bilangan carian yang terbanyak. Dari sini, anda mungkin boleh menemui sebutir emas di sebalik bertan – tan pasir yang ada.

Pilih Produk Berdasarkan Kajian Keyword Anda

Selepas mengetahui apa yang menjadi perbualan semasa atau niche yang menguntungkan, anda perlu pilih produk berkaitan dan lakukan promosi dengan segera. Ini bagi menilai potensi permulaan bagi niche tersebut.  Setkan kempen promosi selama sebulan. Jika dalam  masa sebulan ini, anda boleh memperoleh keuntungan yang memberangsangkan, anda tahu anda telah menemui niche yang hangat.

Sentiasa Pelbagaikan Niche Yang Ada

Cuba tanya pada diri anda apa yang tidak kena dengan sesuatu niche itu. Apakah perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan lagi potensi pasaran bagi niche tersebut. Cuba gabungkan berbagai niche dalam satu niche suntuk membentuk satu niche baru yang mempunyai potensi pasaran yang lebih luas. Pendek kata, jangan hanya selesa dengan satu niche sahaja. Pelbagaikan niche yang ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *