Panduan Menghadapi Temuduga

Panduan Menghadapi Temuduga

PANDUAN MENGHADAPI TEMUDUGA

Pada era kini persaingan untuk mendapatkan perkerjaan amatlah sengit. Ini adalah kerana graduan dari sekolah, kolej, dan universiti amatlah ramai.

Selain dari kelululusan akademik, untuk menjadi calon yang dipilih, pelajar juga akan dinilai dari beberapa sudut lain seperti kegiatan ko-kurikulum, penglibatan dalam pelbagai aktiviti maktab, persediaan menghadapi temuduga, disiplin dan kegiatan-kegiatan serta perkara-perkara lain yang dapat memberi kesan dan pengaruh terhadap pemilihan mereka.

Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap pelajar. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai.

Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas bagi pada penemuduga untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih.

Temuduga boleh dikendalikan oleh seorang penemuduga ataupun oleh beberapa orang, yang dipanggil ‘panel’ temuduga. Biasanya terdapat 3 atau 5 orang dalam sesuatu panel temuduga., bergantung pada kehendak pihak yang menganjurkannya.

Bagaimana ia dikendalikan, itu tidak penting. Apa yang harus diberi peringatan ialah cara anda berkelakuan, kerana itu yang akan menentukan peluang untuk anda berjaya di dalam temuduga tersebut.

Anda perlu meyakinkan si penemuduga bahawa anda layak dipilih dan mempunyai segala ciri-ciri yang dikehendaki.

Berasaskan kepada laporan ahli-ahli panel temuduga yang telah menemuduga mereka yang hadir ke temuduga, perkara-perkara berikut telah didapati:

  1. Mereka lemah dalam membuat ‘arguement’.
  2. Bersikap pasif semasa temuduga.
  3. Tidak boleh bertutur dalam Bahsa Inggeris dengan baik.
  4. Tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.
  5. Tidak tahu menahu mengenai kursus yang hendak diambil.
  6. Belum/tidak tahu membuat pilihan kerjaya yang akan diambil.
  7. Tidak tahu menahu mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti-universiti tempatan dan luar negeri.
  8. Kurang pengetahuan am.
  9. Berpakaian tidak kemas.

Adalah menjadi tanggungjawab anda agar kelemahan-kelemahan seperti di atas dapat diatasi. Selain dari berusaha bersendirian untuk mendapat keterangan/memperbaiki perkara-perkara berkenaan, anda juga boleh berhubung dengan Kaunselor, guru-guru dan mungkin ibu bapa dan kawan-kawan bagi mendapat pertolongan yang sewajarnya.

 TAMBAHAN:

Kesalahan mengisi borang permohonan seperti tidak mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap , tulisan tangan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan perlakuan calon. Jadi, perlu ditekankan bahawa proses temuduga bermula dari masa mengisi borang permohonan.

PERSEDIAAN AWAL SEBELUM TEMUDUGA

Calon-calon mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadiri temuduga. Berikut adalah beberapa perkara yang elok dijadikan panduan:

  1. Selidik dan dapatkan seberapa banyak mungkin maklumat-maklumat berhubung dengan kerjaya yang menjadi pilihan. Antara sumber-sumber yang boleh membantu anda dalam hal ini ialah:
  • Guru-guru kaunseling.
  • Guru-guru yang mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kerjaya tertentu.
  • Buku-buku ‘Occupational Outlook Handbook’ dan ‘Dictionary of Occupational Tittles’ yang boleh diperolehi di bilik Kaunselor.
  • Prospektus dari pelbagai universiti tempatan dan luar negeri yang terdapat di Perpustakaan Maktab.
  • Pegawai-pegawai di Bahagian Bimbingan Kerjaya dan Perkhidmatan Pekerjaan, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.
  • Pegawai-pegawai yang bekerja di dalam bidang kerjaya yang dipohon.
  • Risalah-risalah dan bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh dipohon dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Jabatan Buruh dan sebagainya.
  • Ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.
  1. Pastikan anda mempunyai kelulusan akademik serta kelulusan-kelulusan lain yang diperlukan sebagai syarat bagi mengikuti kursus/bidang yang dipohon. Janganlah semata-mata bergantung pada nasib dan ‘angan-angan’ sahaja.
  2. Berhati-hati ketika mengisi borang permohonan (penempatan) yang pihak Maktab edarkan. Segala butir yang hendak diisikan perlulah difikir terlebih dahulu sama ada betul atau tidak, supaya borang anda nanti akan kelihatan bersih.

Kesalahan mengisi borang permohonan/penempatan seperti tidak mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap, tulisan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan perlakuan anda. Perlu diingatkan bahawa proses temuduga bermula dari masa anda mengisi borang permohonan lagi.

  1. Ambil tahu serba sedikit mengenai hal-hal di sekelililng anda (baca surat khabar, majalah dan sebagainya mengenai berita-berita penting dan pengetahuan am).

PERSIAPAN PADA SAAT DI TEMUDUGA

  1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher.
  2. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt.
  3. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.
  4. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.
  5. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.
  6. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga.
  7. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).
  8. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10-15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat.
  9. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

KAWAL EMOSI KETIKA TEMUDUGA:

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :

  1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
  2. Jawab dengan jelas dan lantang
  3. Kikiskan sifat ego anda
  4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
  5. Banyakkan senyuman
  6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
  7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan

Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

TINGKAH LAKU SEMASA TEMUDUGA:

  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.
  3. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
  5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.
  6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.
  7. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  8. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  9. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  10. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  11. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  12. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  13. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  14. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
  15. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
  16. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  17. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  18. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu
  19. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.
  20. Biarkan penemuduga memulakan perbualan.
  21. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.
  22. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar.
  23. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.
  24. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula.
  25. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.
  26. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.
  27. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.
  28. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.
  29. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.
  30. Cuba kembangkan jawapan “ya” atau “tidak” anda dengan sebab musabab yang munasabah.
  31. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.
  32. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
  33. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.
  34. Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.
  35. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  36. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.
  37. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, “I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan”. Ataupun “You taulah, problem ini begitu complicated”. Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.
  38. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.
  39. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  40. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.

Tambahan: Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah.

PERANCANGAN SELEPAS TAMAT SESI TEMUDUGA

  1. Hantarkan surat “Terima Kasih” (Thank You Letter) kepada penemuduga anda. Ucapkan terima kasih kepadanya di atas memberi anda peluang untuk ditemuduga. Anda boleh hantarkan melalui email.
  2. Di dalam Thank You Letter, anda boleh masukkan lagi apakah sifat-sifat anda yang boleh membuatkan anda memberi sumbangan yang lebih bermakna demi pembangunan syarikat atau jabatan tersebut.
  3. Tenang dan sentiasa berfikir positif. Berdoa dan bertawakkal lah anda kepada Tuhan agar dimurahkan rezeki mendapat kerja tersebut.
  4. Jangan hentikan pencarian kerja dan menghadiri temuduga-temuduga yang lain. Kita tak tahu di mana rezeki anda. Yang penting cuba tanpa berputus asa.
  5. Sebelum anda meninggalkan bilik temuduga anda, pastikan anda minta business card penemuduga anda ataupun email beliau. Ini bagi tujuan anda menghantar Thank You Letter melalui email nanti.

RINGKASAN KATA KUNCI TIPS TEMUDUGA

  • Orang yang terbaik untuk sesuatu jawatan bukan bermakna akan memenanginya – selalunya adalah mereka yang memberi temuduga yang terbaik akan memenanginya.
  • Temuduga adalah lebih kerap untuk memberi jawapan teknikal yang tepat. Ia juga adalah untuk membina silaturahim yang rapat.
  • Bukan semua penemuduga tahu apa yang mereka kehendaki; tugas anda adalah untuk mengetahui bagaimana untuk mengawal penemuduga yang baik dan tidak.
  • Adalah lebih baik anda bersikap jujur dan mengaku tidak mengetahui daripada cuba berlagak pandai tetapi berakhir dengan kebodohan dan tidak cerdik anda.
  • Mereka yang kelihatan kemas dan segak akan mendapat pekerjaan – mungkin di dalam layar perak Holywood, tetapi secara keseluruhannya, majikan adalah lebih menginginkan bakat daripada faktor luaran.
  • Percubaan untuk memberi jawapan yang tepat boleh menyebabkan masalah buat anda. Adalah lebih baik dengan memberi jawapan yang baik dan bertepatan daripada terkapai-kapai mencari jawapan yang tepat; kerana lazimnya tiada jawapan yang tepat di sana.
  • Jangan bertanya soalan hanya untuk menyoal. Bertanyalah sekiranya anda benar-benar ingin jawapannya yang belum disentuh semasa temuduga.
  • Temuduga adalah peristiwa biasa memerlukan kelakuan yang biasa. Penemuduga akan beranggapan begitu dan boleh beranggapan secara negatif sekiranya mereka tidak nampak begitu.
  • Penemuduga tidak akan membazirkan masa mencari kecelaan anda. Mereka lebih berminat untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang siapa anda. Elak dari menjawab soalan yang mempertahankan diri.
  • Adalah lebih baik anda berfikiran bahawa setiap soalan itu akan memberi anda peluang untuk menyerlahkan diri anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *