Jana Wang Affliate Dengan Teknik Review
Review adalah teknik yang paling hebat dalam pemasaran affliaate. Cuba anda fikir,
· Anda selalu makan di kedai makanan yang rakan anda cadangkan.
· Anda membeli kereta berdasarkan rekomendasi rakan-rakan.
· Anda membeli rumah setelah berbincang dengan keluarga dan rakan-rakan.
· Anda melakukan pembelian insurans setelah dicadangkan oleh agen insurans tersebut.
· Dan berjuta-juta lagi perkara yang anda lakukan adalah di sebabkan cadangan dari seseorang atau sesuatu.
Sifat suka di rommend dan mengikut apa yang di cadangkan adalah sifat biasa seorang manusia. Manusia sangat tidak suka pada tanggungjawab, jadi apabila ada seseorang mencadangkan sesuatu, mereka akan ikut dan percaya. Jika ada sesuatu berlaku, mereka tahu siapa yang hendak di persalahkan. Ini adalah sifat yang ada pada semua orang.
Jadi, saya cadangkan anda sebagai affliate untuk melakukan dan aktifkan teknik rekomendasi dan cadangkan pada seramai mungkin prospek pada produk yang anda promosikan.
Kenapa orang perlukan rekomendasi di internet.
Di internet, anda tidak nampak apa yang anda beli di hadapan mata. Jadi, selalunya pembeli akan mencari rekomendasi untuk menilai sama ada produk tersebut sesuai atau tidak dengan diri mereka. Mereka akan terus mencari dan jika mereka tidak jumpa, mereka akan hubungi pihak penjual.
Ada pihak penjual yang licik dan akan memberi link mereka sendiri untuk menghapuskan komisyen anda. Hasilnya anda juga yang rugi pada akhirnya. Pengguna di internet, perlukan sesuatu untuk di sandarkan. Jika mereka membaca review yang anda tulis, berkemungkinan besar, mereka akan lakukan pembelian melalui anda.
Teknik Review Mudah.
Anda tidak perlu memeningkan kepala untuk menulis review. Di dalam review anda, anda hanya perlu masukkan perkara berikut.
· Pengenalan kepada produk yang anda promosi itu.
· Kebaikan produk anda.
· Kelemahan produk anda.
· Kelebihan berbanding produk lain jika ada
· Penutup dan ayat pra jualan. Jika ada bonus untuk pembelian dari link anda, masukkan maklumat tersebut di sini.
Perkara yang anda jangan lakukan dalam teknik review.
Di dalam pemasaran affliate, ada beberapa perkara yang patut anda elakkan dari berlaku, antaranya adalah
Promosi produk sampah.
Pastikan produk yang anda review itu adalah produk yang bagus. Jangan rendahkan reputasi anda sebagai affliate. Jika sekali orang tidak suka pada cadangan anda, berikutnya tidak mungkin orang yang sama akan mengikut cadangan yang anda cadangkan.
Ada beberapa perkara yang anda perlu periksa sebelum mempromosi sesuatu produk iaitu
· Pastikan sistem support mereka berfungsi dengan baik.
· Produk yang mereka jual adalah produk yang bagus.
· Sistem pembelian yang mudah.
Jangan sesekali salah promosi. Promosi produk yang benar-benar berkesan sahaja. Anda boleh contact pemilik produk untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan produk yang mereka jual.
Di dalam review, janganlah terlalu memaksa pembaca untuk membeli.
Janganlah terlalu menceritakan kehebatan produk yang anda promosi seolah-olah ia adalah penyelesaian mutlak. Anda perlu ada pro dan kontra bagi produk anda. Anda perlu bijak dalam menulis. Anda perlu bagi pembeli berfikir sama ada mereka ingin membeli atau tidak. Jangan paksa pembeli untuk berfikir bahawa mereka wajib untuk membeli produk dari anda.